Kejayaan PAS dan BA

     Syukur kepada ALLAH, atas kejayaan PAS dan BA menakluki Terengganu dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Begitu juga dengan negeri Kedah dan Perlis cukup untuk menggugat kerajaan negeri yang ada. Sesungguhnya perancangan Allah itu tetap berjalan sebagaimana yang ditetapkan.

     Mungkin inilah caranya perancangan Allah dalam mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. Jika kita tinjau,  Allah memenangkan PAS di Kelantan dahulu dibawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, seorang yang tenang, lembut dan berpewatakan seorang ayah. Maka Islam di Kelantan menapak dengan kukuh dan masyarakat bukan Islam pun dapat menikmati dari sudut kemakmuran dan kedamaian yang dibawa oleh Islam. Malah masyarakat bukan Islam juga terus menyokong kepimpinan PAS dan ada juga  dari kalangan mereka ini berkempen kepada rakan-rakan mereka di Terengganu untuk memangkah PAS. Secara langsungnya masyarakat bukan Islam telah dapat menilai bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kehidupan yang lebih harmoni tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak bahawa Islam akan membawa perpecahan, pergolakan dan kemunduran.

    Setelah ini dapat diterapkan kepada mereka, maka Allah memenangkan pulak PAS di Terengganu jiran Kelantan. Kenapa tidak di Kedah atau Perlis sebab tempias dari Kelantan tidak dapat dirasai disini. Jika di Kelantan dengan kelembutan Tok Guru Nik Aziz (tidak keterlaluan jika kita mengibaratkan seperti Saiyidina Abu Bakar) maka kali ini Allah menonjolkan seorang lagi tokoh yang tegap, tegas dan lantang menentang kemungkaran persis Saiyidina Omar lagaknya itulah dia Tok Guru Hadi Awang. Maka selepas kemenangan di Kelantan dahulu telah melembutkan hati segala rakyat, maka kepimpinan Tok Guru Hadi Awang, kita mengharapkan perlaksanaan undang-undang Islam dalam keseluruhan struktur pemerintahan dapat dijalankan.

     Pada ketika itu maka segala rakyat Malaysia akan dapat melihat akan keadilan yang dibawa oleh Islam dan seterusnya dapat menilai sendiri apakah Islam itu kuno, mundur dan  kejam atau Islam itu moden, maju dan adil. Diharapkan selepas itu pada pilihanraya akan datang maka negeri-negeri lain di Malaysia akan terus dapat dikuasai oleh PAS dan akan muncul kepimpinan Saiyidina Othman dimana pengembangan ilmu pengetahuan dan pembangunan dapat berjalan dengan pesatnya. Kemudian diikuti kepimpinan ala Saiyidina Ali, muda, tegas dan berani seterusnya dapat menakluki negera-negara lain di rantau ini, bukan melalui cara peperangan tetapi secara bijaksana.

     Didoakan agar semua ini dapat menjadi kenyataan. Amin,amin ya rabbal alamin. Takbir !!!