hosted tripod | More Pages Like This | Builder Bucks |
Search 
The Web:

PRESTASI UMNO MENJUNAM : SIAPA PATUT DISALAHKAN?

Setelah UMNO mengalami tamparan hebat di dalam pilihanraya yang baru lepas, maka analisis analisis pun dilakukan untuk mengenalpasti punca punca mengapa UMNO telah tewas di banyak kawasan kawasan yang dulunya dikatakan kubu kuat UMNO. Amat jelas sekali di kawasan kawasan yang dimenangi oleh UMNO, majoriti kemenangan telah merosot dengan begitu banyak sekali. Satu tanda bahawa ramai di kalangan pengundi pengundi Melayu telah menolak UMNO.

Yang menghairankan, walaupun banyak komen, pendapat  diberi, tidak ada satu pun yang berani menyatakan bahawa Dr Mahathirlah punca kemerosotan sokongan terhadap UMNO. Tiada seorang pemimpin UMNO yang berani tampil ke hadapan dan menuding jari kat Mahathir bahawa beliaulah punca kemerosotan sokongan terhadap UMNO. Tidak ada! Pemimpin pemimpin UMNO hanya mampu menuding jari kat parti lawan, menuduh PAS khususnya yang kononnya telah melemparkan berbagai bagai fitnah dan memperdayakan pengundi pengundi!  Tapi, NO BALLS nak menyalahkan Presiden parti sendiri!
Adakah ini bermakna pengundi pengundi di Terengganu telah diperdayakan oleh PAS sehingga negeri tersebut telah jatuh ke tangan PAS? Adakah ini bermakna pengundi pengundi di Terengganu bodoh bodoh belaka atau sebaliknya, pengundi pengundi di negeri tersebut lebih pandai dan tidak buta hati berbanding dengan pengundi pengundi di Negri Sembilan, Melaka  dan Johor. Walaupun Negri Sembilan dilanda bala JE dan terbongkarlah rahsia bahawa Negri Sembilan ialah pengeluar BABI terbesar di rantau Asia, hairan sungguh, Isa Samad boleh lagi bertahan dan membentuk kerajaan! Dalam hal ini, siapa yang bodoh, pengundi pengundi di Negri Sembilan, Melaka dan Johor  atau di Terengganu? Sembahyang tonggang tonggek, yang mendokong kerja kerja yang ternyata haram pun boleh disokong lagi! Masyaallah! Nampak sangat kebodohan pengundi pengundi Melayu di Negri Sembilan, Melaka dan Johor!

Adakah ini bermakna di Kedah di mana PAS telah menang 8 dari 15 kerusi parlimen yang ditandingi, pengundi pengundi di negeri Jelapang Padi telah diperdayakan oleh PAS? Di negeri Mahathir sendiri kalau tidak kerana undi hantu dan pos, sudah pasti jatuh juga ke tangan PAS! Pahang pun apa kurangnya. Dulu dikatakan kubu  kuat UMNO tapi Najib pun hampir kalah! Nasib baik ada undi bonus-undi hantu dan pos!! Amat jelas, kemerosotan sokongan terhadap UMNO di dalam pilihanraya yang baru lalu berpunca dari tingkah laku tak senonoh Presiden UMNO yang degil dan kuat egonya. Isu pemecatan DSAI dan layanan buruk yang diberi kepada DSAI selepas dipecat dan semasa dalam tahanan dan segala fitnah yang dilemparkan terhadap DSAI dan keluarganya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan sokongan terhadap UMNO. Orang orang Melayu dah FED UP dengan UMNO. Nak harapkan pemimpin pemimpin atau ulama ulama UMNO menegur presiden parti, langsung tak kedengaran. Semuanya bersikap macam TIKUS!

PAS bukan mengeksploit isu ini tapi sebagai sebuah parti yang berpandukan pada Al Quran dan seperti yang dituntut oleh Islam, PAS bertindak membela DSAI yang telah dizalimi. PAS telah bertindak konsisten dalam hal ini! Se tahun sebelum DSAI dipecat, Mahathir sendiri yang menyangkal dakwaan dakwaan terhadap DSAI dan menyeru rakyat jangan mempercayai khabar khabar angin tersebut tapi setahun kemudian, beliau pula yang mencanangkan kononnya beliau ada bukti bukti kukuh bahawa DSAI terlibat dalam aktiviti aktiviti yang tidak bermoral! Sehinggalah tilam diusung berkali kali ke mahkamah dan Ummi Hafilda dijaja ke sana ke sini dalam siri ceramah ceramah UMNO! Saksi utama, Azizan yang dikatakan diliwat pula ditangkap basah!! Sehingga sekarang, rakyat masih menunggu nunggu mana dia bukti bukti kukuh yang dicanangkan oleh Mahathir? Rakyat mengakui memang terdapat konspirasi politik nak menjatuhkan DSAI! Satu negara dengar kata kata Mahathir berhubung dengan kes ini!

Satu lagi faktor yang membawa padah kepada UMNO semasa pilihanraya baru baru ini ialah tingkah laku Mahathir sendiri yang  secara terang terang berulangkali mempersenda dan memperlekehkan ulama ulama dan nabi! Semasa di New York pun beliau sanggup mempersendakan Islam di negara kita kononnya ada penganut penganut Islam yang fanatik di Malaysia yang sanggup melempar TV!!! Salah seorang ulama yang sering dipersendakan oleh Mahathir ialah Dato Dr Haron Din. Maka tak hairanlah, ramai ulama yang dulunya bersikap neutral, telah  berhijrah ke PAS dan bertanding menentang UMNO. Dato Dr Haron Din pun turun gelanggang berceramah di sana sini untuk membantu PAS. Takkanlah Dato Dr Haron Din sanggup menabur fitnah terhadap UMNO dalam ceramah ceramahnya. Takkanlah Tok Guru Nik Aziz sanggup menabur fitnah terhadap UMNO dalam ceramah ceramahnya. Sebenarnya yang kuat menabur fitnah dan berbohong ialah Mahathir sendiri dan segala fitnah fitnahnya dibelai dan disokong oleh media media cetak dan elektronik di bawah kawalannya! Ingat tak macam mana TV 3 tiga suku boleh menghebohkan cerita mengenai PAS BARU dulu di Besut?? Ingat tak macam mana TV tiga suku ini cuba exsploit isu di Semeling Kedah dan insiden di mana ditunjuknya bendera PAS dipacak pada kubur Cina? Ingat tak macam mana TV 3 yang tak senonoh ini cuba memutarbelitkan kenyataan kenyataan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz? Disebabkan aktiviti aktiviti tak senonoh TV 3 macam inilah yang membawa padah pada UMNO di Kelantan! Senjata makan Tuan!

Takkanlah pemimpin pemimpin UMNO buta tak nampak semua ini? Takkanlah pemimpin pemimpin UMNO bodoh sangat sehingga tak nampak punca sebenar  kemerosotan sokongan terhadap UMNO? Tak payah menuding jari kat pihak lawan. Seperti apa yang dikatakan oleh Najib, UMNO perlu menilai  masalah masalah dalaman nya dulu!! Kalau ini pun pemimpin pemimpin UMNO tak nampak atau buat buat tak nampak, jawabnya, LAWAN TETAP LAWAN. Ternyata, Mahathir dah menjadi liabiliti pada UMNO. NOBODY IS INDISPENSABLE, SO IS MAHATHIR!