MAHATHIR HINA DYMM SRI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

Assalamualaikum,

Kepada saudara ku yang beragama Islam, Kicap mengucapkan selamat melaksanakan ibadah Ramadhan Al-Mubarak.
Sesungguhnya Kicap berusaha sedaya uapaya untuk tidak menyentuh keperibadian sisiapa di bulan yang mulia dan suci ini, Ramadhan Al-Mubarak. Namun Kicap tidak dapat mengelak dari mencoretkan sedikit pandangan dan teguran mengenai kebiadaban pemimpin ulung BN(ajis) yang selalu melaungkan mengenai ketuanan dan kesultanan Melayu terhadap DYMM Yang DiPertuan Agong dalam Majlis penutupan Tilawah Membaca Al_Quran Peringkat Antarabangsa pada 19-12-99.
Perangai biadab dan tidak berprotokol ini berlaku ketika DYMM Yang DiPertuan Agong berdiri menyampaikan hadiah kepada pemenang dan pesera tilawah, Kicap yakin rakyat yang menonton upacara tersebut tidak dapat mengelak dari melihat betapa angkuhnya PM kita duduk sedang DYMM Yang DiPertuan Agong berdiri menyampaikan hadiah. Sungguh biadab. Beliau cuma berdiri disaat-saat akhir apabila mulai sedar bahawa ramai diantara peserta dan para juri tidak bersalam dengan beliau.

Walaubagaimanpun Kicap ingin mengucapkan syabas kepada YBhg Ustaz Dato Hasan Alzahari yang bertindak tidak bersalaman dengan Senator Pak Mid dan Mahathir. Adalah diharapkan mereka terasa bahawa mereka tidak diperlukan.
Kepada semua pembaca Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang cintakan peradaban mulia kita patut mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan biadap Mahathir ini.

Kicap sudahi dengan doa agar para reformis akan meneruskan perjuangan yang baru bermula – kepada umat Islam elakkan diri dari merayakan sambutan alaf baru tetapi sebaliknya beriktikaflah atau sekurang-kurangnya berdoalah semoga perjuangan kita berjaya pada malam 23 Ramadhan bersamaan 31 Disember 1999 – siapa tahu kita mungkin bertemu malam Lallatul-Qadr yang mulia itu malam dimana doa akan dimakbulkan Allah azawajalla – InsyaAllah
Wassalam.

Kicap Melayu.